Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM melakar sejarah terpilih sebagai finalis untuk empat anugerah dalam tiga kategori Anugerah Green Gown Antarabangsa 2021.<br /><br />Kejayaan ini meletakan UIAM sebagai universiti awam pertama di Malaysia yang menerima pencalonan paling banyak dan berpeluang untuk mengulangi kejayaan tahun lalu apabila diumumkan sebagai institusi lestari terbaik dunia.
